
PENGENALAN
Pentadbiran awam merupakan satu cabang pengurusan sesebuah kerajaan atau negara. Sebelum kajian ini ditumpukan kepada kes kematian Kugan, pemahaman tentang pentadbiran awam itu harus difahami terlebih dahulu tentang apakah definisi sebenar pentadbiran awam. Dwight Waldon di dalam Classics of Public Administration menyatakan bahawa terdapat dua definisi yang typical iaitu:
1. Pentadbiran awam adalah organisasi dan pengurusan manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajan.
2. Pentadbiran awam sebagai satu “seni an sains pengurusan” sebagaimana yang dapat dikaitkan kepada hal ehwalnegeri atau negara.
Selain dari itu pentadbiran awam juga dapat didefinisikan seperti fahaman Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Razak iaitu: “After all, the raison d’etre of service is nothing but to serve the people ”. Secara praktikalnya Perkhidmatan Awam menjurus kepada tugas-tugas kerajaan yang diberikan kepada pegawai awam untuk diimplimentasikan kepada rakyat sesebuah negara. Dalam hal demikian dalam sesuatu polisi yang digubal oleh kerajaan, pegawai awamlah yang menjalankan dan menggerakan polisi tersebut samaada berjaya atau sebaliknya. Namun begitu, di dalam kertas ini akan diterangkan bagaimana pegawai awam khasnya pentadbiran polis atau kepolisan relatif kepada kes kematian A.Kugan 22 yang dilaporkan meninggal dunia pada 20 Januari 2009 selepas empat hari direman di dalam tahanan polis. Mendiang Kugan merupakan suspek kes curi kereta mewah dan diberkas oleh pihak polis dan direman sebelum meninggal dunia di dalam lokap.
PENYATA MASALAH
A.Kugan 22 tahun meninggal pada 20 Januari 2009 setelah direman pada 15 Januari 2009 di dalam tahanan polis (death in custody). Perkaitan masalah kematian A.Kugan adalah disebabkan oleh perasaan syak dan tidak puas hati atas kematian Kugan oleh keluarga mendiang. Hal ini berikutan percanggahan bedah siasat yang di lakukan oleh dua buah hospital iaitu Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Antara percanggahan dua hasil bedah siasat dikemukakan dalam laporan polis tersebut ialah kesan lecur berbentuk 'V' di belakang badan mendiang yang tidak didedahkan menerusi bedah siasat pertama oleh Hospital Serdang (HS) . Sementara itu, turut ditimbulkan ialah jumlah kesan lebam akibat kecederaan luar, keadaan leher, jantung, limpa, organ-organ dalaman lain yang dibedah dan punca kematian yang berbeza antara Hospital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . Laporan tersebut turut dipersoalkan oleh keluarga mendiang yang menemui perbezaan bahawa bedah siasat pertama di Hospital Serdang hanya mendedahkan 22 kesan kecederaan manakala bedah siasat yang dilakukan oleh PPUM mendapati terdapat 20 lagi kesan kecederaan kepada mendiang A.Kugan . Hal demikian menyebabkan keluarga mendiang membuat laporan polis bagi menuntut siasatan dijalankan terhadap Pengarah Hospital Serdang, Dr. Mohd. Norzi Ghazali dan pakar patologi Hospital Serdang, Dr. Abdul Karim Tajuddin. Dr. Abdul Karim yang menjalankan bedah siasat pertama tidak mendedahkan parut kesan lecur berbentuk V akibat objek panas. Beliau (Dr. Abdul Karim) juga mendakwa telah menganalisis organ-organ dalaman lain sedangkan menurut laporan kedua, tiada organ-organ lain yang dibedah. Hasil bedah siasat pertama jelas bercanggah dengan yang kedua. Hal demikian menyebabkan keluarga mendiang Kugan bimbang ada cubaan untuk menyembunyikan fakta punca sebenar kematian tesebut. Dalam pada itu keluarga Kugan mendedahkan laporan bedah siasat kedua oleh PPUM yang mendapati mendiang mati disebabkan kecederaan dalaman yang serius. Hal demikian menunjukkan kontradiksi di antara hasil bedah siasat pertama dan hasil bedah siasat kedua,sebagai contoh hasil bedah siasat pertama mendedahkan mangsa meninggal dunia akibat paru-paru berair, namun hasil bedah siasat kedua kesan daripada kecederaan dalaman yang serius. Relatifnya disini tidak wujudnya satu kesinambungan atau korelasi yang sama diantara kedua-dua bedah siasat tersebut. Selain penyata masalah di atas terdapat juga pihak yang menimbulkan spekulasi mengenai unsur perkauman. Hal demikian relatif kepada A.Kugan yang merupakan seorang bangsa India manakala pegawai awam iaitu polis rata-rata merupakan bangsa Melayu. Spekulasi ini banyak di cetuskan oleh golongan india itu sendiri. Namun begitu, terdapat juga badan bukan kerajaan (NGO) terutama daripada kalangan kaum Cina menyokong tindakan polis dalam isu kematian suspek curi kereta mewah, A. Kugan . Namun begitu persoalan yang akan timbul di dada-dada masyarakat adakah benar wujudnya sentimen perkauman dalam pertadbiran awam di Malaysia. Persoalan ini sebenarnya sukar dirungkai sehingga kebenaran tercipta.
FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN MASALAH
1. Pengurusan Yang Tidak Cekap Oleh Pegawai Awam.
Hal ini adalah kerana, jika kita mengikuti perkembangan kes Kugan kita mendapati bahawa keluarga mendiang Kugan mencoboh masuk ke dalam bilik mayat Hospital Serdang kerana tidak berpuas hati hasil keputusan bedah siasat tersebut. Namun selepas itu pihak Hospital Serdang mendakwa keluarga mendiang menyeksa mayat apabila hasil bedah siasat kedua yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah berbeza. kecederaan-kecederaan tersebut dilakukan keluarga Kugan ketika menyerbu masuk bilik mayat. Rakaman video penuh yang berlaku pada malam 21 Februari lalu telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk diteliti . Di sini wujudnya satu pertikaian tentang faktor sebenar kematian Kugan yang dituntut oleh keluarga mendiang Kugan. Di samping itu wujud pula andaian negatif masyarakat dan keluarga mendiang mengenai waran geledah yang dilakukan oleh pihak polis terhadap sempel biologi bedah siasat yang dikeluarkan oleh PPUM. Persolannya, kenapa pihak polis bertindak sedemikian bagaikan mahu menutup kesalahan yang dilakukan.
2. Teknologi/Tenaga Manusia
Harus diteliti juga dalam aspek teknologi yang memungkinkan proses bedah siasat yang dilakukan oleh dua buah hospital iaitu Hospaital Serdang dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah berbeza. Tambahan pula, keluarga mendiang Kugan menuntut mendiang Kugan di bedah siasat di Australia kerana wujudnya ketidakpercayaan dalam pentadbiran awam. Analogi yang dapat dihuraikan di sini adalah seperti sekumpulan pencuri mahu merompak rumah Ali dan dengan tenang lagi bersahaja Ali memberikan kunci rumahnya kepada pencuri tersebut. Korelasinnya di sini,jika keluarga Kugan menyerahkan mayat mendiang kepada pihak kerajaan seperti membenarkan pentadbir awam mengekspoitasi kes tersebut dan bersifat ‘bias’ cenderung kearah pihak kerajaan. Tanggapan ini mungkin berkisar di dalam hati- hati keluarga mendiang yang merasakan hak mereka dicabuli atas satu konsep iaitu ketidakadilan.
3. Perpaduan
Di dalam kes kematian Kugan ini dapat disimpulkan bahawa ada kebarangkalian wujudnya sentimen perkauman dalam kalangan kaum India. Perkara ini jelas berikutan kumpulan-kumpulan tertentu membangkitkan sentimen kaum dalam kalangan masyarakat India. Persoalanya adalah berkisar tentang dua entiti penting iaitu antara jenayah dan sentimen kaum. Namun, banyak badan bukan kerajaan (NGO) terutama daripada kalangan kaum Cina menyokong polis dalam isu kematian suspek curi kereta mewah, A. Kugan. Kegemparan yang dicetuskan oleh pihak tertentu akhirnya ditolak oleh majoriti rakyat negara ini. Ternyata rasional mengatasi sentimen kaum . Jika benar sentimen kaum wujud di dalam kes kematian A.Kugan, kerajaan telahpun menubuhkan suruhanjaya bebas untuk meneliti dan menyiasat punca sebenar kes tersebut. Persoalan lain yang akan timbul adalah,mampukah suruhanjaya tersebut bertindak bebas dan bersifat adil. Hal sedemikian menuntut sikap,nilai dan proesionalisme suruhanjaya tersebut. Konsepnya sangat mudah yang akan diterangkan di dalam langkah penyelesaian iaitu perlu wujudkan dua entiti iaitu “capacity” dan “will” yang menjadi tunjang utama di dalam suruhanjaya bebas tersebut. Tambahan pula, terdapat juga cadangan yang mahukan suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kes sebenar kematian kugan. Pengerusi DAP, Karpal Singh turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu . Namun, pada hemat penulis kes kematian Kugan tidak ada hubung kait dengan masalah perkauman kerana kes kematian yang melibatkan tahanan mati di dalam tahanan polis bukan hanya melibatkan kaum India malah terdiri daripada kaum lain juga. Jika kita lihat pada statistik yang dikeluarkan oleh Suaram, jumlah kematian dalam tahanan polis yang telah diketahui adalah seperti berikut :-
i) Tahun 2005 - 5 orang Melayu dan 6 orang India.
ii) Tahun 2006 - 5 orang Melayu, 3 orang India dan 2 orang Cina.
iii) Tahun 2007- 4 orang Melayu, 2 orang India dan 4 orang Cina.
iv) Tahun 2008 - 2 orang Melayu, I orang India dan 4 orang Cina.
Hal demikian jelas meggambarkan bahawa tidak wujud unsur perkauman seperti yang digembar-gemburkan oleh masyarakat kaum India namun penulis juga tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan tiada langsung unsur perkauman melainkan statistik di atas yang dirasakan sudah memadai untuk ditafsirkan bahawa unsur perkauman tidak mendapat tempat di dalam isu ini. Mungkin pihak fahaman politik tertentu sengaja menimbulkan isu berbau perkauman untuk melariskan diri dan mendapat sokongan murahan.
LANGKAH PENYELESAIAN
Perkhidmatan awam merupakan jentera penggerak bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Oleh hal demikian peranan dan mutu perkhidmatan awam perlu dan mesti ditingkatkan untuk mencapai hasrat sebuah kerajaan yang adil.
1) Konsep Bersih Cekap Dan Amanah.
Konsep ini bertepatan dengan perkhidmatan awam iaitu dalam pentadbiran kepolisan. Bersih bermaksud pegawai-pegawai atau anggota-anggota perkhidmatan awam harus bersih dan berkhidmat semata-mata untuk negara secara adil dan saksama. Cekap pula merujuk kepada meninggikan lagi keupayaan dan kebolehan pegawai-pegawai untuk melaksanakan tugas,dedikasai dan berdisiplin. Amanah pula mengambil sikap yang jujur dan ikhlas, tidak berkepentingan sendiri dan dipercayai dan diyakini oleh rakyat . Konsep ini perlu ada pada setiap anggota perkhidmatan awam supaya setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Di dalam kes Kugan diharapkan wujudnya konsep Bersih Cekap dan Amanah kerana konsep ini jika dihayati dengan baik mampu menghasilkan pegawai-pegawai awam yang effisien.
2) Membuat Keputusan
Pegawai-pegawai awam sememangnya mempunyai cara dan gaya yang tersendiri bagaimana hendak membuat keputusan berdasarkan kepada pengalaman- pengalaman dan teori-teorinya . Dalam konteks kes Kugan pegawai-pegawai atasan polis harus berhubung dengan pegawai bawahan supaya setiap tindakan yang diambil sejajar dengan konsep keadilan untuk semua rakyat. Jika munculnya sesuatu isu seperti kes Kugan ini pegawai atasan lebih peka dan segala tindakan yang diambil adalah selari dengan undang-undang. Di dalam masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,umum menyedari bahawa kebanyakan anggota perkhidmatan awam adalah dari kalangan orang Melayu. Oleh hal demikian, keputusan yang dilakukan harus bertepatan dengan konsep adil kepada semua kaum kerana masalah perkauman dalam konteks Malaysia amat dititikberatkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Lantas, tidak perlu ada sikap perkauman di dalam menjalankan tugas sebagai pegawai awam kerana apa yang penting di dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum adalah keharmonian dan mewujudkan keamanan dalam kalangan masyarakat “multi-racial”.
3) Konsep Prestasi Output
Setiap anggota perkhidmatan awam perlu mempunyai dua kriteria penting untuk mewujudkan satu bentuk pentadbiran kerajaan yang berkesan dalam aspek keadilan dan kesejahteraan rakyat. Dua kriteria tersebut adalah :
I. Capacity (Kemampuan).
Di dalam kes Kugan,pentadbiran polis harus memiliki satu bentuk pengurusan yang mampu menjalankan tugas dengan baik. Pegawai awam ini tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi atau kepentingan kaum dalam menjalankan tugas menyiasat mendiang Kugan sehingga boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, konsep “capacity” atau kemampuan ini harus diutamakan kerana setiap tugasan memerlukan pengkhususan yang khusus dan setanding dengan kerjaya awam seseorang pentadbir itu. Jika kita selidiki kes kematian Kugan, adakah pegawai polis mempunyai konsep “capacity” tersebut di dalam menyoal siasat mangsa yang dituduh terlibat dalam kes curi kereta mewah. Dalam apa-apa bidang perkhidmatan awam,pegawai tersebut perlu mempunyai kemampuan yang efektif untuk menyelesaikan masalah. Tambahan lagi jika tiada ouput “capacity” yang dihuraikan diatas penulis percaya bahawa sistem politik negara akan hancur kerana menurut teori model sistem politik David Easton,beliau meletakkan mekanisme input dan output yang berasaskan tuntutan di sesuatu pihak dan keputusan di suatu pihak yang lain (saling bertindak balas) . Andaikan bahawa rakyat membuat tuntutan seperti tuntutan yang dilakukan oleh masyarakat India yang menyatakan pentadbiran awam mengamalkan konsep ketidakadilan,dalam hal ini kemampuan pentadbiran untuk menepis kenyataan tersebut amatlah perlu dengan menggunakan pendekatan yang relevan, jika tidak hancurlah sistem pentadbiran awam di Malaysia.
II. Will (Sikap).
Prestasi output kedua yang perlu dihuraikan disini adalah sikap individu itu sendiri dalam memegang jawatan sebagai perkhidmatan awam. Sikap yang dimaksudkan adalah dari diri mereka sendiri sama ada mahu melaksanakan tugas secara baik atau sebaliknya. Konsep ini menuntut semua pegawai awam bersikap secara adil jika diskopkan kepada pentadbiran awam dalam masyrakat majmuk di Malaysia. Apa yang penting ialah kehendak mereka sendiri untuk mahu atau tidak. Sikap (will) merupakan satu bentu pegangan falsafah yang kuat jika amalan ini bertunjang di dalam hati-hati pebtadbir awam. Tanpa “will” penulis percaya bahawa sesuatu sistem yang digagaskan oleh kerajaan tidak mampu dijalankan sebaik mungkin kerana tidak mungkin kerajaan mampu dan mempunyai keupayaan yang cukup untuk memantau pentadbir-pentadbir awam. Lantas, untuk menunjukkan bahawa sistem kepolisan merupakan sistem terbaik bagi kebajikan rakyat dalam kontek majmuk amalan tersebut perlu disemai dengan berkesan. Sebagai tambahan kepada perkara tersebut iaitu dalam aspek perpaduan penulis berharap semua kaum dapat sama-sama turut serta atau menjadikan ruang pekerjaan dalam perkhidmatan awam terbuka untuk semua kaum terutamanya tiga kaum utama di Malaysia, Melayu, Cina dan india.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat disimpul dari kertas ini dalam skop pentadbiran awam dalam masyarakat majmuk : Apakah yang kita dapat pelajari dari kes Kugan? adalah ketidakkepercayaan kaum India khasnya dalam kes tersebut yang mahu merungkai punca sebenar kematian A.Kugan setelah direman dalam tahanan polis dan mati. Masyarakat India melihat mereka didiskriminasi dalam mencari kebenaran tentang punca sebenar setelah hasil dua bedah siasat yang dijalankan adalah berbeza dan hal demikian memungkinkan timbulnya satu andaian tentang penyalahgunaan kuasa oleh perkhidmatan awam. Namun begitu ada juga kaum lain yang menyokong tindakan polis tersebut bahawa pihak polis di pihak yang benar. Sentimen perkauman merupakan satu bentuk usaha untuk meruntuhkan perpaduan rakyat Malaysia, namun jika benar wujudnya unsur perkauman di dalam kes tersebut kerajaan harus cepat dan tangkas menanganinya. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman lagi makmur yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum yang dikuasai oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Oleh hal demikian,pegawai awam harus mempunyai kesedaran yang tinggi relatif kepada konsep prestasi output yang menggariskan dua faktor mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik iaitu “capacity” dan “will”. Adakah kita mahu hidup di dalam keadaan kekacauan atas alasan ketidakpekaan pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang tidak bertanggungjawab. Tuntasnya, kerajaan Malaysia harus memberi penekanan serius tentang kedudukan perkidmatan awam dalam lingkungan masyarakat majmuk.
No comments:
Post a Comment